SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

Thursday 25 April 2013

PANAS!!! GEMPAR!!! CUBAAN SABOTAJ BILIK GERAKAN BARISAN NASIONAL

Pada jam 6pagi tadi, jentera Parlimen Batu Gajah dikejutkan dengan berita BURUK.. Salah satu daripada bilik gerakan di dalam Parlimen Batu Gajah disabotaj. Kejadian yang berlaku sekitar jam 5.30pagi hampir meranapkan Bilik Gerakan DUN Jelapang.. Mujurlah dengan bantuan petugas-petugas yang masih ada berjaya memadamkan kebakaran sebelum merebak dengan lebih teruk.


Ketika polis sedang membuat rondaan sekitar kawasan berhampiran, mereka bertemu dengan sebuah kereta Nissan Sentra merah yang dalam keadaan mencurigakan.Berlakunya aksi kejar mengejar tetapi malangnya kereta suspek terbabas. Suspek berjaya melarikan diri. Polis menemui 5 bilah parang dan 3 bom buatan sendiri. Laporan polis dibuat di Balai Polis Taman Rishah dan Unit Forensik tiba di lokasi kejadian jam 6.15pagi







Saturday 20 April 2013

Sekitar Penamaan Calon di Dewan Perbandaran Batu Gajah

Sekitar Penamaan Calon di Dewan Perbandaran Batu Gajah

 











Calon Barisan Nasional N31 (JELAPANG) MOKAN A/L SUPRAMANIAM
 Calon BN N33 (TRONOH) YIP SZE CHOY
 Calon BN P66 (BATU GAJAH) LOO THIN TUCK & N32 (MENGLEMBU) LOO GAR YEN

Wednesday 27 March 2013

Gelombang Biru Barisan Nasional Parlimen Batu Gajah

Gelombang Biru Barisan Nasional Parlimen Batu Gajah


Konvoi Bermotor PRU-13 Barisan Nasional Parlimen Batu Gajah telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Mac 2013. Konvoi yang disertai seramai 500orang ahli dari parti-parti di dalam Barisan Nasional telah bermula dari Bangunan UMNO Batu Gajah dan berakhir di Dewan Orang Ramai Jelapang. Dato' Wira Yusoff Kassim sebagai Pengerusi BN Parlimen Batu Gajah  hadir bagi merasmikan konvoi. Acara diakhiri dengan cabutan bertuah.


















Friday 22 March 2013

Sekitar Program Penyerahan Baucer Karisma @ Hati Rakyat Parlimen Batu Gajah

Program Penyerahan Baucer Karisma @ Hati Rakyat Parlimen Batu Gajah

Program Penyerahan Baucer Karisma @ Hati Rakyat Parlimen Batu Gajah peringkat pertama telah  diadakan pada 22 Mac 2013 di Dewan Serbaguna Seri Mariah Batu Gajah. Majlis telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato' Wira Mohd Yusoff Bin Kassim Pengerusi MAYANG Parlimen Batu Gajah merangkap Pengerusi BN Parlimen Batu Gajah selaku Perasmi, Dato' Lee Kon Yin Penyelaras DUN Tronoh, En. Rahim Pegawai Jabatan Kebajikan Daerah Kinta dan Pn. Jeniffer Ketua PPP Bahagian Batu Gajah. Pada majlis tersebut telah diadakan penyerahan baucer Karisma kepada seramai 200 orang penduduk yang layak dalam Parlimen Batu Gajah.