SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

Wednesday 27 March 2013

Gelombang Biru Barisan Nasional Parlimen Batu Gajah

Gelombang Biru Barisan Nasional Parlimen Batu Gajah


Konvoi Bermotor PRU-13 Barisan Nasional Parlimen Batu Gajah telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Mac 2013. Konvoi yang disertai seramai 500orang ahli dari parti-parti di dalam Barisan Nasional telah bermula dari Bangunan UMNO Batu Gajah dan berakhir di Dewan Orang Ramai Jelapang. Dato' Wira Yusoff Kassim sebagai Pengerusi BN Parlimen Batu Gajah  hadir bagi merasmikan konvoi. Acara diakhiri dengan cabutan bertuah.


















Friday 22 March 2013

Sekitar Program Penyerahan Baucer Karisma @ Hati Rakyat Parlimen Batu Gajah

Program Penyerahan Baucer Karisma @ Hati Rakyat Parlimen Batu Gajah

Program Penyerahan Baucer Karisma @ Hati Rakyat Parlimen Batu Gajah peringkat pertama telah  diadakan pada 22 Mac 2013 di Dewan Serbaguna Seri Mariah Batu Gajah. Majlis telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato' Wira Mohd Yusoff Bin Kassim Pengerusi MAYANG Parlimen Batu Gajah merangkap Pengerusi BN Parlimen Batu Gajah selaku Perasmi, Dato' Lee Kon Yin Penyelaras DUN Tronoh, En. Rahim Pegawai Jabatan Kebajikan Daerah Kinta dan Pn. Jeniffer Ketua PPP Bahagian Batu Gajah. Pada majlis tersebut telah diadakan penyerahan baucer Karisma kepada seramai 200 orang penduduk yang layak dalam Parlimen Batu Gajah.